Akibat hanya memakan biskut dan sekeping roti pada waktu tengahari tadi, Encik Matahari (Mr. Sunshine) terpaksa menadah muntah saya dengan kedua belah tangannya di dalam kereta pada waktu petang kerana ketandusan (?) beg plastik. Mujur terdapat senaskhah suratkhabar yang dapat dicapai dalam masa terdekat untuk menadah episod muntah yang berlangsung selama lebih kurang 1 minit itu.

Terima kasih Encik Matahari. Tak kisah lah kalau awak tadah tangan tu kerana hendak melindungi kereta kesayangan awak, saya tahu awak sayang saya !

Pengajaran hari ini: Sila makan pada selang waktu yang sepatutnya.

xoxo

Share Button

6 Comments on wind.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *